Anda peminat brand Samsung? Jika ya, sudah pasti anda sudah mengetahui tentang tablet keluaran Samsung iaitu Galaxy Tab 7+. Penulis sekarang sedang menggunakan Galaxy Tab 7+ ni, jadi penulis nak bagi reviu sedikit sebanyak tentang kelebihan dan kekurangan Galaxy Tab 7+ ni.
Secara overall, Galaxy Tab 7+ sangat memuaskan, penulis nak bagi dalam 7.5/10 markah. Design yang sleek dan nipis, Android OS Honeycomb, processor Exynos 1.2Ghz. Sedikit sebanyak produk Samsung ni banyak bersaing dengan produk Apple. Contohnya iPad 2 keluaran Apple, juga sangat memuaskan, tapi sayangnya iPad tidak mempunyai fungsi Flash Player. Tetapi kelajuan cukup pantas dan selesa digunakan.
Berikut merupakan specification bagi Samsung Galaxy Tab 7+:
[image src="http://newgadgetstop.com/wp-content/uploads/2011/10/Samsung-Galaxy-Tab-7-Plus-specification.jpg" title="Galaxy Tab 7+ Specification" lightbox="yes" align="left"]
Warna kuning tu menunjukkan apa yang iPad tidak ada buat masa ni. Skrin 7 inci ini memudahkan pengguna membawa ke mana-mana dan muat masuk beg bersaiz kecil. Bahkan saiznya dapat memuatkan ke dalam poket seluar penulis sendiri.
Komen mengenai kamera 3.15mp/2mp Samsung Galaxy Tab 7 Plus ini adalah sangat memuaskan, sesuai untuk pengguna low profile atau sekadar untuk mengambil gambar untuk di upload ke facebook dan sebagainya. Berikut ialah hasil penulis mengambil gambar dengan kamera 3.15MP Galaxy Tab 7+ ni:

Untuk lihat gambar secara full resolution, sila klik pada gambar. Cukup besar bukan? Gambarnya juga nampak sharp dan kameranya mempunyai auto-focus.
Paling tak boleh blah tentang Samsung Galaxy Tab 7 Plus adalah jika ingin membuat panggilan dengan tablet ini. Penulis cadangkan better menggunakan stereo earphone yang disediakan di dalam pakej pembelian. Kalau mahu kelihatan lebih menarik, sila guna bluetooth earphone yang boleh dibeli dimana-mana kedai alat komunikasi (cadangan: sila beli yang sama pengeluaran dengan jenis handphone ), kerana bagi penulis yang telah menggunakannya, menjawab panggilan dengan Galaxy Tab terus ke telinga tanpa wireless device atau earphone, adalah sangat pelik. Nampak macam letak buku di telinga hehe.. Walaubagaimana pun, penulis buat derk je, lantaklah apa orang fikirkan yang penting kita dapat jawab call sudah.

Salam..
Saya nk tnye beberapa soalan kpd saudara :
1) berapakah harga Samsung Galaxy Tab 7 sekarang ni?
2) Boleh masukkan sim kad tak kat dlm Tab ni?