Pada hari ini, kebanyakan penulis blog mahupun penghasil kandungan atau artikel menggunakan laman carian Google dalam mendapatkan gambar untuk artikel mereka. Perkara ini kadang-kala adalah bertentangan dengan hak cipta sesuatu gambar dan sebagainya. Untuk makluman, ada laman yang menyediakan perkhidmatan carian gambar yang berdefinisi tinggi malah lebih baik dari laman carian Google dan laman-laman web yang seumpamanya.Laman yang saya maksudkan itu ialah PhotoPin.
Melalui PhotoPin, ia membolehkan para pengguna membuat carian gambar berkualiti tinggi sahaja yang dilesenkan dibawah akta Creative Commons, sekaligus membolehkan anda menggunakan gambar-gambar tersebut pada kandungan,blog mahupun artikel anda dengan lebih mudah, dan tentunya dengan menyertakan pautan kredit kepada pemilik gambar tersebut.
Laman PhotoPin juga hanya menyediakan gambar-gambar yang bertaraf High Resolution ataupun High Definition (HD).Jadi ia amat sesuai untuk digunakan oleh para blogger yang menginginkan gambar disertakan dalam setiap artikel mereka agar tampak lebih kemas dan cantik serta dapat menarik lebih ramai pembaca untuk membaca kandungan blog mereka.Terutamanya blogger-blogger islamik yang menginginkan gambar-gambar alam semulajadi dan gambar yang berunsurkan islamik serta gambar yang mempunyai ciri-ciri budaya dan fizikal bagi menggambarkan bertapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan di langit bintang-bintang serta kami hiasi langit itu bagi orang yang melihatnya.” (Al-Hijr 15:16)
Bagi mereka yang berminat dalam mendapatkan gambar-gambar yang beresolusi tinggi berlesenkan Creative Commons untuk digunakan dalam kandungan mahupun blog atau laman web, anda boleh menjenguk laman PhotoPin.Ingatlah bahawa “Gambar Menceritakan Lebih Dari Tulisan”
Anda boleh mengunjungi laman PhotoPin di http://photopin.com/ dan laman Facebook Photo Pin di https://www.facebook.com/photopin

PhotoPin memang banyak membantu blogger-blogger yang mengingkan gambar-gambar yang berkualiti tinggi serta menarik untuk dimasukkan dalam setiap penulisan mereka ◕ ‿ ◕ .
terima kasih utk perkongsian …