Kenali Kami

 

 

 

Pengenalan
Bermula 06 Jun 2011, ilmi-islam.com telah tertubuh secara rasminya.
Kami adalah sebuah entiti media yang berdaftar di bawah syarikat IIS Dot Com (TR0109820-U)
ilmi-islam.com | Ekspresikan Bicara Kata Ilahi merupakan sebuah rangkaian untuk saluran perkongsian maklumat islamik interaktif yang baru bermula pada Jun 2011
Objektif
- melahirkan individu muslim yang mempunyai kepercayaan dan penghayatan yang tinggi dalam kehidupan sebagai seorang umat Islam
- membentuk jati diri individu muslim yang mempunyai semangat juang yang dalam sebagai seorang hamba dan khalifah Allah demi mencari redha Ilahi
- memupuk rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW melalui apa yang dibicarakan oleh-Nya dan Rasul-Nya dalam Al-Quran dan As-Sunnah
- memberi kesedaran ke dalam diri setiap umat Islam bahawa Allah dan Rasulullah satu-satunya tempat untuk kita bergantung yang akan menolong dan memberi syafaat di Akhirat kelak
- memupuk keyakinan agar yakin dan percaya pada setiap ketetapan Allah ada hikmah di sebaliknnya dan itulah yang terbaik untuk kita
- Ilmi-islam.com berperanan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya islam dalam kehidupan
-Sebagai alternatif tambahan terhadap lahirnya laman-laman portal islamik
-Membantu pengguna internet mengetahui info semasa seperti isu tertentu di dalam negara, isu palestin dan isu berkaitan

Moto
“Ekspresikan Bicara Kata Ilahi”

Misi
Menjadikan media alternatif sebagai satu media yang berkesan dalam melahirkan individu muslim yang menjadikan Islam sebagai cara hidup yang unggul

Visi
untuk memupuk masyarakat cintakan ilmu pengetahuan dan memahami islam dalam konteks kehidupan duniawi dan ukhrawi

 

 

 

Leave a Comment

Powered by WordPress | Deadline Theme : An Awesem design by tg