“Humaira, pergi solat.. kat asrama solat, jadi dirumah tak solat ?”

“HUMAIRA, PERGI SOLAT.. KAT ASRAMA SOLAT, JADI DIRUMAH TAK SOLAT ?”

Waktu itu usiaku belum mencecah 15 tahun, Dan ku biarkan diriku leka dengan kehidupan dunia, duduk di ruang tamu sambil melihat apa sahaja rancangan TV mengikut mahuku…

“Humaira.. bila nak solat” abah menegurku, aku diam seolah tidak mahu..

Itulah tindak balasku, “tidak mahu..” tapi sebenarnya aku “mahu” Cuma mungkin “malu?” malu takut orang kata diri ini mengada-ngada. Seruan azan aku dengar, tapi aku endah, namun hati ini sebenarnya “nak.. nak.. nak.. nak solat” tapi bila?

Selepas beberapa hari minggu bulan tahun berlalu, akhirnya tiba pula masanya aku tinggal diasrama, disini aku berdikari sendiri, hidup sederhana dan patuh dengan aturan asrama. Diantaranya solat berjemaah. Waktu ni aku turuti undang undang asrama, solat dengan berjemaah bersama pelajar lain.

Bila hujung minggu, aku akan balik ke rumah seperti biasa,

“Humaira, pergi solat.. kat asrama solat, jadi dirumah tak solat?” tegur abahku lagi. Kata kata ini mencengkam hatiku, sejujurnya amat “pedas” mungkin diri ini terlalu sensitif. Sebetulnya tidak layak untukku mengambil hati kerana kata abahku seratus peratus benar. Hati ini sangat keras, mungkin pengaruh sekeliling, ada yang solat ada yang tak solat, tapi sayangnya mengapa yang negatif itu pula yang kita pilih untuk diterpengaruhi?

Lama kelamaan, dengan kata abahku tadi, entah apa yang menyuntikku untuk semakin hari semakin dekat dengan DIA, aku solat, aku tidak hiraukan pandangan orang lain, yang penting aku solat. Aku mula mendekatkan diriku pada ilmu agama, menjaga tingkah lakuku, akhlakku dan sebagainya. Sehingga kini, alhamdulillah untuk tinggal solat aku cuba sedaya upayaku untuk jangan sesekali. Kadang kadang hampir hendak menangis bila tersedar sudah nak dekat habis waktu, takut tak sempat. Subhanallah. Aku juga menyedari kepentingan solat itu menjaga akhlak dan tingkah laku. Adakala bila aku melihat sesuatu perkara yang tidak baik disisi Allah, aku terus menjadi takut, hatiku berdegup kencang terbayang pada ancaman Allah. Nauzhubillah. Bukan aku ingin katakan aku ini “alim” tidak, aku juga seperti insan biasa, kadang kadang dikala solat hatiku tidak khusyuk tetapi percayalah itulah perasaan bila anda sudah terkecamuk cinta dengan apa yang anda lakukan. Ketenangan jiwa dapat dirasai bila kita meluahkan perasaan pada pencipta kita, Subhanallah, menangislah sepuasnya, mengadulah padaNya, aku percaya, selepas itu ketenangan akan anda rasai. Ya, Allah beri pelangi tapi dengan syarat anda mencarinya. Ya, Allah berikan matahari tapi itu kadang kadang puncanya kerna silap kita sendiri.

Kini aku sedar. Bukan sahaja ibadah lain tetapi Solat itu adalah terapi atas semuanya, Aku teringat pada pesan guruku dahulu.. “bila nak berjaya, jangan tinggal solat, jangan tinggal solat, jangan tinggal solat” Alhamdulillah aku ingat pesan guruku ini sehingga kini. Aku percaya kerana solatku dan ingatanku pada Rabbiku inilah juga membuatkan aku berpeluang dapat melanjutkan pelajaran keluar Negeri. Allahu Akbar. Alhamdulillah. Ya, Ni’mat Allah. “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Ar-Rahman:16

Anda.. Bila lagi?

Aku ada terbaca kata dari Ustaz Azhar Idrus:

Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa,
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..
puasalah walau dalam keadaan terpaksa
kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA,
dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..
jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah,
sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu,
IA MESTI DICARI..
ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

Semoga Allah cinta pada kita..

Leave a Comment

Powered by WordPress | Deadline Theme : An Awesem design by tg