Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum sahabat2..
Alhamdulillah.. Allah S.W.T telah kurniakan sekali lagi ilham untuk saya terus menulis.Ilham kali ini akan saya kupas berdasarkan beberapa rujukan dan sedikit daripada pengalaman saya sendiri, insyaAllah. Sebelum tajuk ini dikupas dengan lebih lanjut, mari kita selami maksud disebalik perkataan ‘Islamophobia’ tersebut.
-> Islamophobia is prejudice against, hatred or irrational fear of Islam or Muslims
atau
-> Islamophobia adalah sikap prejudis terhadap, kebencian atau perasaan takut yang tidak rasional terhadap Islam atau Muslim.
Sumber: Wikipedia
Baiklah.. Apa yang menyebabkan saya memilih tajuk ini untuk dijadikan bahan penulisan? Saya beri satu situasi kepada anda. Pernahkan anda dengar tentang punca-punca kejatuhan akhlak? Antara salah satu daripada punca kejatuhan akhlak adalah kurangnya ilmu agama.
Kemudian timbul satu persoalan. Di sekolah terdapat Pendidikan Agama Islam dan saya pasti, para pelajar mampu untuk membezakan halal dan haram selepas menyelesaikan pengajian di sekolah. Saya ambil satu contoh.. contoh yang sangat biasa dalam kalangan remaja ketika ini. Couple. Setelah banyak kali diberitahu melalui pengajaran di kelas, ceramah-ceramah mahupun artikel di Facebook bahawasanya couple itu Haram. Tetapi sepertimana yang dapat kita lihat, terlalu ramai remaja diluar sana yang ambil ringan akan perkara ini. Maka dari situ saya terfikir, apa yang menyebabkan mereka terus bergelumang dalam maksiat?
Sejurus selepas itu saya terbaca akan ayat ini ketika sedang blogwalking..
Kata-kata daripada seorang bijak pandai..
“Siapa yang mengejar akhirat, maka dia akan mendapatkan akhirat dan dunia. Siapa yang mengejar dunia, maka hanya dunia saja yang ia dapat. Siapa yang meraih cinta Allah, maka ia akan dicintai Allah dan makhluk-Nya. Dan, siapa yang hanya ingin meraih cinta makhluk-Nya, maka hanya cinta makhluk-Nya saja yang ia dapatkan.”
Dan saya terfikir.. ya.. dunia penuh dengan keseronokan..
Drama-drama Korea yang digilai remaja ketika ini..
Barang-barang yang hanya mahal kerana jenama..
Gajet-gajet terbaru yang fungsinya tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
Tapi perlu kita ingat bahawa keseronokan dunia ini hanya bersifat sementara!
Dan saya terfikir akan perkara-perkara yang menjamin kebahagiaan di akhirat insyaAllah..
Solat.. yang mana dikatakan susah untuk dilakukan..
Sedekah.. yang mana membelanjakan wang itu untuk kekasih tidak halal lebih mudah..
Puasa.. yang hanya dilakukan semata-mata menahan lapar dan dahaga..
Menghidupkan sunnah.. yang dikatakan tidak mengikut trend..
Dan banyak lagi amalan yang sebenarnya Allah S.W.T telah tetapkan untuk memudahkan kita berbuat baik serta memudahkan kita mendapat ganjaran pahala.. MasyaAllah.. Alhamdulillah.. terima Kasih Ya Allah..
Jadi, mungkin pada pandangan mereka (golongan-golongan yang cintakan dunia) bahawa Islam hanya menghalang mereka daripada menghiburkan diri mereka.. mungkin kerana ini juga mereka jadi ‘Islamophobia’.. takut akan agama sendiri kerana khuatir tidak mampu menikmati dunia yang lagha ini.. takut akan agama sendiri.. agama yang benar.. agama yang syumul (Menyeluruh)..
Fikir-fikirkan..
Pada yang rasa wujudnya Islamophobia dalam diri sendiri itu.. cuba anda lihat keseronokan dan kemanisan Islam itu sendiri.. selami betapa indahnya Islam.. malah, kita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim itu sendiri merupakan nikmat yang besar!
Mengapa?
Sahabatku.. bersyukurlah kerana dalam berbilio manusia di muka bumi ini, anda terpilih untuk menjadi seorang Muslim.. yang membawa maksud, kita masih berpeluang untuk ke syurga Allah S.W.T! Dan kita tidak akan jadi kayu api untuk neraka.. InsyaAllah..
Tidakkah kita rindu akan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda? Tidakkah kita teringin untuk bertemu dengan para Nabi dan Rasul? Tidakkah kita teringin untuk berjumpa dengan Allah S.W.T sendiri? Bersyukurlah sahabat2.. setiap saat kita hidup, setiap oksigen yang kita hidu..
Setiap apa yang berlaku pada ketika ini.. telah diatur oleh Allah S.W.T..
Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini..
Tinggalkanlah maksiat yang kita lakukan.. bukakanlah hati anda untuk hidayah Allah S.W.T
Buangkanlah Islamophobia dalam diri anda andainya wujud rasa tersebut walau sekelumit pun.
Jangan takut kepada Islam.. sebaliknya takutlah kepada murka Allah S.W.T seandainya anda ingkar perintah Allah S.W.T
Sekiranya ada yang saya tersalah tulis, terkasar bahasa.. Saya mohon maaf. Jika ada salah, saya minta yang lebih arif untuk tolong betulkan.. Yang baik daripada Allah S.W.T dan yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri..
Alhamdulillah..
Barakallah.. =)
-Aiman Hazim-

Terima kasih..